Both Of Us
Tak sangka kepergian dia................
Sunday, 25 August 2013 • 04:28 • 0 comments

Assalamualaikum. 

Apapun dugaan datang harus terima dengan redha. Jodoh, ajal & maut ditentukan oleh Allah S.w.t. Al-Fatihah kepada kawan yang paling best yang terbaik lagi baik iaitu Nur Shahirah Binti Mohd Asri. Sekarang dia telah kembali kerahmatullah pada pukul 7 setengah malam semalam. Semalam, hari ini dan selamanya schera dah pergi tinggalkan aku dan tak akan kembali lagi depan mata aku. Berita yang tak menyedapkan hati apalagi sedih gila nak mati bila tahu kawan paling rapat dari kecik dia seolah akak atau sebahagian dari hidup aku dah tinggalkan aku untuk selamanya. Kenapa awal sangat weh! :'( Aku tak puas lagi nak duduk lepak & mengila dengan kau. 

    6.17 petang hari sabtu 24hb dia ambulance datang ambik dia bawak ke Hospital Raub. Kuku dia pucat, kaki dia pucat, muka dia pucat. Semua pucat. Masa itu dah tak pikir apa berlari ke rumah dia sebab adik baru bagitahu pakai tudung terus berlari pergi rumah dia. Depan pintu tengok schera dah terbaring atas tilam dekat ruang tamu dengan saudara mara dia ada ramai duduk keliling dia. Tengok muka dia dah lain. Mata dia pandang ke atas. Badan dia masa tu lemah sangat. Emak dia cakap dia dah suruh selawat. Aku terus duduk sebelah dia dan cakap ''Schera..... ni aku zatul ni. Jangan tinggalkan aku tau'' Dia just mampu pandang dan cakap ''Hm'' Ya allah dia just pandang aku. Masa tu kali terakhir dia tengok muka aku. Tak tahan dah airmata. Sebak sangat airmata ni mengalir tanpa henti. Abang ambulance angkat dia masuk ambulance. Em risaunya asik nangis je.



  
    Sebelum tahu dia meninggal, duduk lepak dekat ruang tamu dengan ma, abah & angah. Baru je cakap dekat Ma janganlah dia pergi. Lama sikit lepastu ayah dia call abah, cakap dengan abah ''Ngah dah tak ada'' Lepastu dengar abah cakap ''Sabarlah Asri benda nak jadi kan redha la ye bawak bersabar'' Masa tu aku dah meraung ''Ahhhhh jangan cakap dia dah pergi lah!!!!!!'' Ya Allah.................... text semua orang cakap dia dah meninggal. Deqan call boleh lagi tanya ''Schera mana?''  ''Schera dah tak ada deqan!!!!!!!'' Deqan cakap dia akan turun dari bukit fraser sebab nak tengok arwah. Lepastu, ma 7 abah & angah semua pergi rumah rumah jiran bagitahu dia dah meninggal. Percaya tak percaya je dia dah pergi. Duduk depan rumah teringat dekat sini lah aku lepak dengan dia terus meraung meraung tak henti henti. Abah suruh bersabar. Aku tak henti lagi meraung. Ajak abah hantar ke Hospital nak tengok dia. Bersiap duduk dalam kereta nampak maritsah lari datang ke aku dan peluk. Nangis sama sama then ajak maritsah pergi Hospital sekali. Lemah sangat rasa masa tu tak terkata. Terkejut sangat, tak sangka....

   Sampai je dekat Hospital pergi ke bilik mayat. Ramai sangat orang nak tengok kau tau, shahira :'( Turun kereta pandang hala ke along, ateh. Tak tahan sangat nak cerita sebelum dia pergi dia ada cakap macam macam. Semua pelik je ayat dia. ''Siapa lagi nak ajar kakde mathe lepasni'' Along terus peluk. Em, Kak murni cakap pasal keadaan arwah sebelum dia pergi. Deqan datang, tasnim datang, wawa datang, ifat datang & ramai lah. Pergi salam emak arwah dan emak arwah cakap ''Schera dah tak ada zatul'' Kesian makcik dah tak larat. Lemah je. Bawak balik mayat ke rumah lama sangat nak tunggu buat siasatan polis dulu nak tahu apa punca dia. Pukul 1 baru bawak balik rumah.




    Aku terharu pun ada, rasa bangga pun ada bila tahu kau kuat sangat lalui penyakit kau dengan antibody kau kuat. Punca arwah meninggal sebab darah ada yakitan kuman & hati dia bernanah. Fulamak kau memang kuat ah kawan! Aku sayang kau tau. Nak kau sorang je jadi sahabat aku. Kau je sahabat aku dunia akhirat. Tak nak orang lain orang lain. Tak ada sorang pun ganti tempat kau cuma kau tau tau, aku cuma nak kau tak nak orang lain penganti kau :')
  
    Selalunya lepas maghrib selalu lepak rumah dia atau dia datang rumah aku. Apa apa mesti nak lepak. Duduk depan rumah dok main gitar, kekadang dok kira berapa bintang. Hahahaha. Apa apa ada cerita happy atau sedih mesti dia jumpa aku dulu dan aku jumpa dia nak luahkan perasaan. Dia je boleh paham perasaan aku. Dia je nak layan perangai kebudakkan aku ni, Dia je kawan yang tak pernah marah aku kalau nak marah mesti ada nasihat sikit. Hahahahaha, aih comel je kau ceramah dekat aku. Kawan yang tak pernah kedekut suka ajak aku makan sedap sedap, lagi lagi kalau shopping mesti nak dengan aku je en? Baring dekat bukit depan rumah main kira kira bintang dengan dia sesiapa paling cepat. 



     Dia dah demam dah lama. Dari hari selesa lagi just tampal benda apa putih tu? Haa, koyok namanya, dia just letak dekat atas kepala dia dan makan panadol. Hari rabu tu mintak dia ajar mathe. Masa tengah mengajar dia cakap ''Nanti buat mathe elok elok untuk aku tau!'' Aku terpaku dan terus gelak ''Insyallah boleh doakan aku ye'' Aku ni pandai mathe sebab kau tau, sayang. Thanks sebab sanggup datang ajar aku mathe walaupun aku ni lembap sikit. Kau sabar je en?! Hahahaha em. Tapi lepasni dah tak ada sesiapa nak teman aku study. Trial lagi 3hari. Dah tak ada semangat nak trial selalunya dialah nak bagi semangat. Apa apa dia lah aku nak ada sebelah aku bila sedih atau happy.

     Kami ada beli baju sama just colour je lain. Hari khamis tu petang sikit dia call suruh datang tengok dia pakai baju tu sebab nak pakai masa jamuan hari raya esok, jumaat. Datang rumah dia bagi salam dia main chak chak dengan aku. Gila masa tu dia lawa sangat pakai baju kurung purple yang beli sama sama tu. Banyak kali dia tanya lawa tak. Sejujurnya memang lawa. Ikutkan semua orang dia nak tanya lawa ke tidak. Tanya emak dia, tanya akak dia. Even masa tu dia dah tak ok. Pening teruk sangat dia tetap semangat nak pakai baju tu siap pusing pusing dekat depan rumah. Ateh, Angah & Ma last tengok dia hari tu sebab nampak dia pakai baju tu. Masuk bilik suruh pilih tudung mana yang sesuai untuk baju dia tu. Lepak gelak gelak layan kepala dia yang happy sangat masa tu sampai tak sedar dah maghrib. Haritu dia lain sangat. Lepas balik rumah dia ikutkan nak buat cupcake untuk jamuan hari raya esok, jumaat. Dia cakap nak buat bagitahu dia. Banyak kali cakap ajak dia tapi start buat cupcake tu pukul 9 tak akan nak ajak dia dah lah tak sihat. Lagi satu dia cakap ''Insyallah aku ok esok nak datang. Nak comel comel.'' Kehkehkeh hm rindunya engkau shahira........... :'(





    Alhamdulillah, Jenazah dah selamat dikebumikan pukul 12 lebih tengahari tadi. Alhamdulillah, dapat jugak aku cium kau buat terakhir. 2kali tau aku cium kau! Mayat dia tersenyum dia. Ya Allah :'( Sayang kau sangat sangat weh. Aku akan selalu doakan kesejahteraan kau dekat sana. Bila aku rindu kau, aku datang ziarah kubur kau ye. Emmmm, lepasni aku duduk congok macam orang tak betul lah dah tak ada tempat orang nak dengar luahan hati ni. Terkilan sangat bila emak dia cakap nak rasa cupcake zatul ''dua'' cup pun jadi lah. Haih tak sempat nak merasa air tangan aku sayang. Maafkan aku ya :'( Pagi nak sekolah ada jamuan hari raya tu dia massage ''Sorry aku tak larat la syg. Tak ada rezeki nak pakai baju sama dengan kau. Aku pening sangat ni'' Rest ajelah lagi bagus. Tak terpikir langsung pun dia nak pergi tuk selamanya. Ikutkan hari sabtu ni dia nak kuar dengan deqan tapi hm inilah dinamakan takdir.

   Ingat lagi dia cakap nak tunggu aku habis spm nak kerja sama sama, belajar sama sama, dah ada lesen kereta bawak dia cepat sikit. Hahahaha, memang abah dah suruh ambik tapi aku tak mahu lagi. Hehehe. Semua benda tetap nak bersama. Em
    
   Thanks sangat dah jadi teman peneman aku selama ni. Saat duka sedih kau sentiasa disamping aku. Berakhirlah kenangan selama 14tahun bersama arwah. Main masak masak sama sama dekat bawah pokok. Al-Fatihah :'( Hanya kau sahabat aku dunia akhirat sayang!!! InsyAllah aku ingat janji kau dengan aku. Aku sayang kau sangat sangat, Allah lagi sayangkan kau tu dia ambik kau dulu. Aku tahu kau pun tak mahu kan tinggalkan aku sorang sorang en. Emmm, dialah sahabat yang tak pernah nak tinggi suara dekat aku sikit pun. Tak sangka kepergian kau macam tu je. Benda nak jadi tak boleh salahkan takdir. Itu memang ajal untuk dia. Kita just doakan dia alam sana. Kenangan kau & aku tetap simpan sampai bila bila. Dekat mana mana mesti ada je kenangan dengan kau. Siap sedia airmata je nak mengalir. Ramai rindukan kau sekarang lagi lagi family aku. Family kita memang rapat. Abah kau dengan Ayah bff dari kecik, adik aiman pun bff adik ezlyn, Along pun bff Along murni & Ma pun rapat dengan Emak kau kemana mesti bersama lagi lagi nak ke kenduri mesti bersama hehehehe, Nak kata satu family baik & rapat. Aku dah anggap family kau macam keluarga aku juga. Congrats sebab kaulah yang terbaik di antara yang lain! Btw, I will miss you so much.

     Assalamualaikum sahabat dunia akhiratku..........

            



Bismillah... Welcome to my simple triple blog. Please navigate around happily.
Diary About Best